:: QuRaNic ArEa ::

::Semua Dugaan Datang dari Yang Esa..setiap dugaan atau ujian yang Dia uji kepada kita daalah satu nimmat dan mempunyai hikmah sendiri..Bersyukurlah dengan apa yang berlaku ::

Khamis, 11 Oktober 2012

......cOreTan Di KeMboja.......

ASSALAMUALAIKUM....


"U.p.d.a.t.e b.l.o.g a.g.a.i.n. !"

Hahahahahaha...kerajinan aku telah mula berputik sedikit demi sedkit.....:)

Coretan kali ini aku nak bercerita pengalaman aku pergi luar negara...(selain Thailand).Mungkin pengalaman aku berbeza dengan pengalaman orang lain kerana pengalaman aku ni telah memberi sedikit kesedaran tentang sesuatu perkara yang kite tak nampak..:)

Negara Kemboja merupakan destinasi aku !Negara yang mempunyai populasi rakyat nya yang banyak...Namun mempunyai populasi masyarakat Islam yang sangat rendah....Bagi yang tidak tahu,mungkin tidak menyedari bahawa wujudnya masyarakat Islam di negara ini...



Pengalaman aku yang ingin aku coretkan adalah pengalaman berada di kampung angkat UiTM,Kampong Osmit..Penduduk di sini sangat menggagungkan peserta yang datang dari UiTM..mula2 kami sampai,kami di sambut dengan penuh kemeriahan...umpama sambut raja..:)





Mula2 aku sampai,aku macam biasa akan buat kawasan tu macam kawasan aku sendiri even aku tahu tak semua penduduk kampung tu akan paham ape aku cakap...hahahaha....aku pergi dapur..tolong pakcik makcik...(walau pun tak pandai masak)..baik kan?huhuhu...First lunch kat kampung tu,serius aku dan kawan-kawan aku tak tahu apa yang patut kami lakukan..dah suruh makan,kami makan lah...kami tak ajak pun penduduk kampung tu makan..hingga lah cikgu aku panggil aku dan bawa aku ke belakang(tempat masak)..Bertapa sebaknya aku rase bile aku tgk mereka semua tgah makan pe sisa baki makanan kami...masa tu juga air mata ku jatuh...aku terdiam....mereka tak perasan aku tengok mereka....aku terfikir,bertapa mereka hormat tetamu mereka...mereka sanggup kata mereka dah kenyang even mereka lapar sekalipun.Semua uh sebab mereka nak tengok tetamu mereka cukup makan.....bertapa mulia nya budi pekerti mereka..:")

Aku tak tahan sebak,aku pergi depan bali..aku cerita dekat kawan2 aku....dieorg pun terkejut dan sedeh....Malam tu,memang kami paksa juga penduduk kampung tu makan...Kami sanggup makan last..bagi kami,kami masih lagi boleh makan bile balik Malaysia...Mereka?Mereka hanya akan makan sedap bile kami(UiTM) datang.....kalau tak,mereka makan nasik dan garam...kalau tak ada sangat,mereka sanggup berlapar....


Ape yang menarik lagi tentang penduduk kampung ni,dieorang sangat menghargai apa yang diberi oleh orang...baju2 yang kami bagi,mereka akan pakai sampai kami melangkah balik....baguskan mereka?:)

Aku ada mengikut salah seorang penduduk kampung tu balik ke rumah mereka.....rumah mereka serba kekurangan.....jauh berbanding di negara kite...kakak tu ceita dekat aku..kadang2 malam2 die terpaksa menipu anak die yang lapar sebab tak ada makanan..macam kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W....tapi kakak ni masak air..bukan batu..tapi cerita kakak ni dan kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W seakan-akan..sedeh kan..:")

Aku memang terkenal di kalangan makcik2 kat kampung uh...kalau tengok aku masa itu,mesti orang ingt aku ni orang kemboja..huhuhu.....ada seorang makcik ni rapat sangat dengan aku ..sampai bile aku balik uh aku tak sanggup nak berpisah dengan die..lagi2 bile die cium pipi aku....sedeh sangat.....


Mereka sangat tabah...walaupun keadaan mereka serba kekurangan ,mereka masih lagi pertahan kan agama  Islam....walau mereka umpama tidak wujud di negara tersebut,mereka still berpegang teguh dengan ajaran agama Islam......Malah lagi baik dari kite...kite yang berada di negara yang serba ada ni masih belum cukup baik seperti mereka...
Just see pe kami buat kat sane:

   

Insyaallah kalau ada rezeki aku akan pergi lagi utk berjumpa mereka...lagi "mak" aku kat sana..:)



#SENTIASA MELIHAT APA YANG BERLAKU PADA SAUDARA MARA KITA#


Rabu, 10 Oktober 2012

(^^).....AYAH....(^^)

Assalamualaikum.....

Toink !Toink !

Kerajinan yang melampau dalam mengupdate blog..huhuhuhu.

Kali ini aku nak bercakap tentang seorang insan yang bernama AYAH @ BAPA....seronokkan bila kite dikasihi dan disayangi oleh insan yang bernama bapa...Bapa yang menjadi pelindung sesebuah keluarga..aku ingin sekali dikasihi,disayangi oleh insan yang bergelar bapa tapi aku rase tu adalah impian yang tak pernah menjadi kenyataan....

Malam ni aku tiba-tiba rindu dengan ayah aku...lama dah aku tak rindu die macam aku rindu die malam ni..kadang-kadang aku terfikir,kenapa lah Tuhan mengambil ayah ku ? Kenapa ayah aku pergi dulu sebelum dia melihat anak-anak die membesar....Tapi bile difikirkan balik , ada hikmah di sebalik apa yang berlaku... Kerana perkara ni,aku telah menjadi anak yang berani memikul tanggungjawab keluarga.....:)

Aku masih ingat lagi kenangan aku bersama dgn ayah aku..Walaupun usia aku pada masa itu masih kecil dan tidak dapat berfikir seperti orang tua,aku tidak pernah lupa kenangan,senyuman dan saat-saat aku bersama dengan ayah aku...Aku adalah satu-satu anak yang melihat segala-gala yang berlaku pada ayah aku...

Aku pernah tanya umi aku,kenapa kepala ayah berbalut?aku pernah cuba kejutkan ayah aku yang terbujur kaku di ruang tamu...menunggu saat untuk di sempurnakan...bila aku ingat balik,aku sebak..aku menanggis...Memg aku akui,aku cemburu bila orang cerita tentang ayah mereka...Banyak yang cerita tentang masalah keluarga yang berkaitan dengan ayah..ada yang cerita ayah mereka hidup susah...tapi sebenarnya mereka adalah manusia paling untung sebab mereka masih boleh memanggil "AYAH!"...   aku?? aku dah tak ada peluang nak panggil macm uh buat selamanya....

Kalau di beri peluang,aku nak kembalikan masa sebelum ayah aku pergi..aku nak bagitahu kat ayah aku,aku sayang sangat ayah !  :')







#HARGAILAH IBU BAPA MU SELAGI DIA MASIH BERNAFAS#

Isnin, 8 Oktober 2012

......PeRCiNtAAn.......(o_0)

Assalamualaikum..(^^)

Dah berabad rasenya aku tak update blog ni..sem last kan...banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku brambus dari sini..so bile aku free macam ni,aku boleh update blog macam skang.. :)

Malam ni cuaca agak baik,sebaik hati aku hari ni....hari ni tetiba aku rase aku tertarik nak bercakap tentang CINTA ....mungkin aku tak berpengalaman tapi aku just nak berkongsi hati dan fikiran aku tentang CINTA ini..

CINTA  itu adalah satu ungkapan yang indah..setiap insan ingin mencintai dan dicintai oleh seseorang...CINTA  itu kadang2 nikmat,kadang2 sangat menyakitkan...CINTA  yang paling bagus adalah CINTA  kepada Yang Maha Esa... (^,^)

Selagi kite bergelar manusia ni,kite masih lagi mencari siapa CINTA  kite sebenar selain  CINTA  kepada Yang Maha Kuasa Allah S.W.T,Junjungan Nabi Muhammad S.A.W  serta keluarga kite.. CINTA yang akan menjadi pendamping dan peneman kite sepanjang kehidupan kite di atas muka bumi pinjaman Allah S.W.T. Mungkin kita sekarang menganggap bahawa  CINTA yang kite ada sekarang adalah  CINTA kite hingga ke akhir hayat..namun kite lupe bahawa Allah S.W.T dah menetapkan jodoh kite sebelum kite dilahirkan....Jadi,tak semestinya jodoh sekarang itu adalah CINTA  kita...(^~)

Cuba kite fikir seketika,orang yang kahwen bertahun-tahun boleh bercerai,orang yang bertunang dan hampir melansungkan perkahwinan pun boleh putus dan orang yang bercinta bertahun-tahun lamanya pun boleh terkandas di tengah jalan......Takdir dari Yang Maha Esa tidak akan dapat dilawan oleh kite insan yang bergelar manusia...

Tetiba aku teringat cerita Cinta Adam Hawa.Sekarang pun telah di buat drama tentg cerita ini..Cerita ini berasal dari novel yang ditulis Aisya Sofea.Ape yang aku tertarik tentang cerita ini adalah jodoh mereka ditemukan di hadapan Rumah Suci Allah S.W.T,,kaabah...aku sentiasa berdoa agar jodoh aku pun akan ditakdirkan bertemu di Rumah Suci Allah S.W.T..amin :)

CINTA  juga boleh mengubah diri seorang insan....tiba2 aku nak coretkan kisah sahabat aku ni..memang tidak diakui die seorang yang amat TIDAK ROMANTIK dan sangat banyak menyakitkan hati aku...tapi bile hatinya berjumpa perkataan SAYANG dan CINTA,die berubah kepda sangat romatik...hahaha..sampai aku tak kenal die...tapi aku sangat bahagia melihat kawan baik aku bahagia dengan insan yang tersayang....bagi aku bahagia die tu memberi kegembiraan kepada aku....moge berkekalan jodoh kamu yek!(^^)

"Amat mudah untuk menyayangi,tapi sukar utk mencintai..tapi bile mencintai,amat sukar utk melupakan....".aku pegng ayat ni dari seorang insan yang dulu pernah mengajar aku erti hidup sebagai manusia.Tapi pernah tak kita rasa bila kita dah mencintai seseorag itu,tapi die pula yang mainkan kita..sakit sangat rase masa tu kan..tapi bile kita dalam keadaan macam ni,kesabaran adalah kunci penting utk kite.Ingat,Allah S.W.T sentiasa ada bersama hambaNya yang sabar...:')

Sebenarnya aku menulis coretan ini bukan nya menggalakan perpisahan terjadi,tapi sebagai ingatan kepada aku sendiri...aku terfikir sejenak,tak semestinya CINTA yang aku jumpe sekarang adalah CINTA  yang ditetapkan oleh Nya...Hanya Dia yang tahu siapakah CINTA  hamba Nya ini...aku tak mengharapkan apa-apa dari hubungan aku bina sekarang...bagi aku,sekiranya memang aku di takdirkan untuk bersama nya,aku akan bersamanya...Biarlah masa yang menentukan segalanya,,tapi aku sentiasa mendoakan yang hubungan aku ni akan menjadi sebaik cinta adam dan hawa...

*HARGAILAH APABILA DICINTAI,BUKANNYA MENGKHIANATI....*