:: QuRaNic ArEa ::

::Semua Dugaan Datang dari Yang Esa..setiap dugaan atau ujian yang Dia uji kepada kita daalah satu nimmat dan mempunyai hikmah sendiri..Bersyukurlah dengan apa yang berlaku ::

Selasa, 26 November 2013

' KEHIDUPAN INI '

Assalamualaikum pembaca blog Quranic !

Agak lama quranic tak update blog nih. nak buat macamane kan agak sibuk sikit study + kerja. Berat badan pun dah turun..lalalalalalala~~~~ so,hari ni quranic nak update kaw-kaw punyer...

KONVOKESYEN !!

Akhirnya Umi Quranic telah berjaya bergelar seorang graduasi dari universiti. semua perasaan ada masa ni.lagi-lagi bila tengok my lovely atuk pakai jubah konvo tuh. sayu hati tengok. tiba-tiba,mari perasaan ''kan best kalau arwah ayah ada''.




3 tahun Quranic dan rakan-rakan macam orang giler study nak sampai ke tahap nih. memang rase puas hati yang amat sangat. 3 tahun tuh la macam-macam halangan,dugaan,pahit,manis berlaku untuk berjaya mengenggam segulung diploma bersama rakan-rakan seperjuangan.persaan tuh yang paling penting.kegembiraan bersama. walaupun diploma,Quranic rase bangga.sebab sekurang-kurangnya aku ada diploma.korang ada ??? 









Diploma ke,sijil ke,ijazah ke.. tu semua tak penting.yang penting kita berjaya capai ke satu tahap/.dalam keluarqa quranic,hanya quranic seorang,first generations yang masuk u.tuh yang atuk semangat giler.tengok la pemakaian dia.orang lain pakai batik jer.dia baju melayu siap dengan samping. haha. that's my lovely grandpa.umur 70 tahun and masih kuat untuk cucu dia. kami mungkin bukan orang senang.. tapi sekurang-kurangnya dengan ilmu kami akan cuba menjadi orang senang.rezeki ada di mana-mana.nenek dengan atuk selalu kata  mereka takde harta nak tinggal untuk aku cuma rumah usang kat kampung dengan ILMU.. benda ni Quranic pegang sampai sekarang. sampai quranic cuba untuk berdikari sendiri.

cuma masa konvo hati quranic sedih sikit. yealah.orang lain buleh peluk ayah mereka.sebak.rindu.semua datang masa tuh.quranic terbayang if ayah quranic ada lagi ,mesti dia akan pakai jubah quranic macam atuk buat.  16 tahun quranic merinduinya.ayah,akak dah berjaya ayah !

mungkin pembaca blog ni beruntung.sempat berkongsi kegembiraan dengan ibu dan ayah kamu.tapi bukan quranic.jadi tolong hargai lah ayah dan ibu selagi masih ada. buat mereka rasa bangga dengan kita.ni adalah salah satu cara untuk kita balas jasa mereka.

JANGAN BAGI MEREKA MENITISKAN AIRMATA KERANA KEGAGALAN KITA,TAPI KERANA KEJAYAAN KITA :)

-QURANIC-