ASSALAMUALAIKUM..
Ya Allah..kenapakah perasaan ini muncul secara tiba-tiba..aku merindui ayah aku !
Alangkah bertuahnya seorang anak mempunyai seorang ayah...seorang yang akan melindungi dia ketika dia susah..dan berpeluang untuk memanggil "AYAH "..aku teringin sangat nak merasakan peluang itu...tapi kemungkinan untuk aku merasakan peluang sangat tipis...:)
Aku rasa aku bukan lah insan bertuah..aku tak berpeluang untuk memanggil "AYAH "..aku tak berpeluang merasakan kasih sayang seorang AYAH.. dan aku tidak mempunyai GAMBAR AYAH untuk dijadikan kenangan...sedih kn?aku tahu ramai pembaca blog ni yang senasib dengan aku..tapi sekurang-kurangnya kamu semua ada gambar untuk ditatapi..kan?aku hanya membayangkan muka ayah aku dengan memori aku sahaja..dan aku tak dapat nak bluetooh atau penduakan gambar tuh..:")
Aku teringin sekali nak peluk tubuh ayah aku ketat2...nak sekali cium tangan dia..nak cium pipi dia...nak sangat-sangat..aku tak sempat pun nak buat semua tu masa aku kecik...ayah aku jer yang peluk aku..cium aku sebelum tidur...dodoikan aku sebelum tidur...Ya Allah..aku rindu sangat nak kembali pada masa tuh...
Tak boleh ke aku nak balik masa dulu...semua pada waktu aku bersama dengan ayah aku?boleh tak aku nak pnggil DORAEMON datang bukak pintu masa dia dan pergi di waktu ayah ku ada?? hahaha..lucu pula rasenya kalau betul2 doraemon tuh datang....:)
Em..aku tak paham kenapa sesetengah anak-anak lansung tak menghargai ayah mereka dan membuang ayah mereka macam tuh jer..mereka tak ada ada perasaan sayang ke dekat ayah mereka?mereka tak fikir ke dan ingat jasa yang ayah mereka taburkan?? Mungkin seorang insan bergelar bapa pernah melakukan sesuatu yang menyebabkan seorang anak berdendam atu benci kepada insan bernama bapa..namun,walau apa terjadi..dia tetap seorang ayah dan pertalian itu takkan terputus sehingga ke liang lahad pun...apa salahnya sebagai seorang anak kita beralah dan memaafkan kesalahannya..ingatlah...tanpa insan yang bernama AYAH,takkan muncul nya kita sebagai ANAK..walau buruk mane pun..die tetap AYAH :)
Apa yang mampu aku lakukan sekarang nih?hanya air mata yang mampu melegakan hati aku bila aku teringat insan bernama AYAH... walau 15 tahun die meninggalkan aku dan keluarga aku..aku masih tak boleh nak padam kan kerinduan dan wajahnya di fikiran aku.....boleh tak aku nak jumpa AYAH aku ..kalau dpat jumpa sekejap pun takpe...aku rindu ayah aku sangat2..Ya Allah !
Aku cuba untuk tenangkan hati dan beristigfar kepada Nya... namun,hati aku ni kuat megingati AYAH..YA ALLAH !kuatkan lah aku YA ALLAH...
Kepada pembaca blog Quranic,doakan aku suatu hari nanti aku dapat berjumpa dengan ayah aku walau pun dalam mimpi....:")
saat dahulu..:)
-
* first time aku dapt 5A..tak yah ckp ler...best gler...pas uh dapat lak
tawarn MRSM ngn kolej ilmu PNB..tapi atuk aku suh pi PNB..bengang gler..nk
nangi...
15 tahun yang lalu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan