Dah berabad rasenya aku tak update blog ni..sem last kan...banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku brambus dari sini..so bile aku free macam ni,aku boleh update blog macam skang.. :)
Malam ni cuaca agak baik,sebaik hati aku hari ni....hari ni tetiba aku rase aku tertarik nak bercakap tentang CINTA ....mungkin aku tak berpengalaman tapi aku just nak berkongsi hati dan fikiran aku tentang CINTA ini..
CINTA itu adalah satu ungkapan yang indah..setiap insan ingin mencintai dan dicintai oleh seseorang...CINTA itu kadang2 nikmat,kadang2 sangat menyakitkan...CINTA yang paling bagus adalah CINTA kepada Yang Maha Esa... (^,^)
Selagi kite bergelar manusia ni,kite masih lagi mencari siapa CINTA kite sebenar selain CINTA kepada Yang Maha Kuasa Allah S.W.T,Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga kite.. CINTA yang akan menjadi pendamping dan peneman kite sepanjang kehidupan kite di atas muka bumi pinjaman Allah S.W.T. Mungkin kita sekarang menganggap bahawa CINTA yang kite ada sekarang adalah CINTA kite hingga ke akhir hayat..namun kite lupe bahawa Allah S.W.T dah menetapkan jodoh kite sebelum kite dilahirkan....Jadi,tak semestinya jodoh sekarang itu adalah CINTA kita...(^~)
Cuba kite fikir seketika,orang yang kahwen bertahun-tahun boleh bercerai,orang yang bertunang dan hampir melansungkan perkahwinan pun boleh putus dan orang yang bercinta bertahun-tahun lamanya pun boleh terkandas di tengah jalan......Takdir dari Yang Maha Esa tidak akan dapat dilawan oleh kite insan yang bergelar manusia...
Tetiba aku teringat cerita Cinta Adam Hawa.Sekarang pun telah di buat drama tentg cerita ini..Cerita ini berasal dari novel yang ditulis Aisya Sofea.Ape yang aku tertarik tentang cerita ini adalah jodoh mereka ditemukan di hadapan Rumah Suci Allah S.W.T,,kaabah...aku sentiasa berdoa agar jodoh aku pun akan ditakdirkan bertemu di Rumah Suci Allah S.W.T..amin :)
CINTA juga boleh mengubah diri seorang insan....tiba2 aku nak coretkan kisah sahabat aku ni..memang tidak diakui die seorang yang amat TIDAK ROMANTIK dan sangat banyak menyakitkan hati aku...tapi bile hatinya berjumpa perkataan SAYANG dan CINTA,die berubah kepda sangat romatik...hahaha..sampai aku tak kenal die...tapi aku sangat bahagia melihat kawan baik aku bahagia dengan insan yang tersayang....bagi aku bahagia die tu memberi kegembiraan kepada aku....moge berkekalan jodoh kamu yek!(^^)
"Amat mudah untuk menyayangi,tapi sukar utk mencintai..tapi bile mencintai,amat sukar utk melupakan....".aku pegng ayat ni dari seorang insan yang dulu pernah mengajar aku erti hidup sebagai manusia.Tapi pernah tak kita rasa bila kita dah mencintai seseorag itu,tapi die pula yang mainkan kita..sakit sangat rase masa tu kan..tapi bile kita dalam keadaan macam ni,kesabaran adalah kunci penting utk kite.Ingat,Allah S.W.T sentiasa ada bersama hambaNya yang sabar...:')
Sebenarnya aku menulis coretan ini bukan nya menggalakan perpisahan terjadi,tapi sebagai ingatan kepada aku sendiri...aku terfikir sejenak,tak semestinya CINTA yang aku jumpe sekarang adalah CINTA yang ditetapkan oleh Nya...Hanya Dia yang tahu siapakah CINTA hamba Nya ini...aku tak mengharapkan apa-apa dari hubungan aku bina sekarang...bagi aku,sekiranya memang aku di takdirkan untuk bersama nya,aku akan bersamanya...Biarlah masa yang menentukan segalanya,,tapi aku sentiasa mendoakan yang hubungan aku ni akan menjadi sebaik cinta adam dan hawa...
*HARGAILAH APABILA DICINTAI,BUKANNYA MENGKHIANATI....*


Tiada ulasan:
Catat Ulasan