:: QuRaNic ArEa ::

::Semua Dugaan Datang dari Yang Esa..setiap dugaan atau ujian yang Dia uji kepada kita daalah satu nimmat dan mempunyai hikmah sendiri..Bersyukurlah dengan apa yang berlaku ::

Rabu, 15 Mei 2013

:: KERANA MU GURU ! ::

Assalamualaikum pembaca blog Quranic !

Lama dah rasa nya aku tak up date blog nih..mungkin sebab kekangan masa atau sebab aku yang malas.. hehehe.. alhamdulillah aku dah tamat belajar dan sekarang aku merupakan penganggur terhormat kat rumah..hello ! dok rumah praktis jadi isteri mithali..hehehe...

First,aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat guru-guru di malaysia..bercakap pasal guru ni,tetiba aku teringat pada seorang insan yang bernamA guru yang telah banyak mengubah aku.. yup! aku mungkin tergolong di kalangan yang boleh belajar..mentang2 aku ni ditaja,di bagi semua kesenangan masa tingkatan 1 dan 2..aku jadi lupe diri.. tingkatan 1 keputusan aku masih di tahap sederhana..tapi tingkatan 2 keputusan aku makin lama makin merosot..mungkin aku berada di kelas pertama dan aku bajet aku nih pandai..so,aku tak study.. konon nye pandai la..tak study pun ley jawab periksa..aku ingat lagi time uh kelas matematik dengan cikgu nih.. aku memg lemah giler dalam subjek nih,orang lain rilek jer dapat A..aku dapat G..tak pernah lulus dari awal tahun sampai akhir tahun.. cikgu matematik aku nih macam tak suka giler kat aku..yea la..semua student dalam kelas tuh lulus..aku?gagal..hari tu,dia perli dalam kelas.."orang macam awk kalau takle jawab soalan senang macam ni,balik kahwen..." gilerr sentap ! start hari tuh aku memang anti cikgu nih..kelas dia aku banyak ponteng..mana tak ponteng,kalau dalam kelas aku asyik kena perli..malu siottt dengan kawan2 aku.. bukan kat dalam kelas jer,kalau aku terpaksa hantar barang kat kelas lain and time uh dia mengajar,dia perli lah aku..geram giler..last2,time final aku dapat num yang tercorot dalam kelas and aku diletakkan di kelas num dua..masa tu nak menanggis aku tengok nama aku di kelas kedua..yealah..dulu konon hot pandai..padan muka jatuh kelas ! time aku meratapi kesedihan jatuh kelas nih,cikgu matematik aku lalu tepi aku....aku ingat lagi apa dia cakap "aii..jatuh kelas ke? tu la..suruh belajar..main2...baik awk balik kahwen la..awk memg takde harapan nak berjaya ........"  hati aku sentap lagi ! ikutkan hati aku nak jer tikam cikgu tuh..aihh! tapi aku waras lagi..start tahun 2007<tingkatan3> ,aku nekad nak tunjuk even aku kelas kedua aku buleh berjaya..start daripada uh..aku tak putus2 ulangkaji pelajaran..bayangkan aku buleh bangun pukul 3 pagi and stay up sampai subuh semata2 study..aku dah rajin qiamulaii..dan aku menjadi pelajar terbaik dalam kelas aku..even kelas kedua...tapi cikgu tuh tetap perli aku..dia cakap kalau setakat tunjuk masa ni,tak payah la..tengok PMR nanti..aku jadi tercabar ..aku usaha betul2..dengan bantuan kawan2 aku..cikgu aku yang lain..aku dapan keputusan cemerlang dalam PMR..dapat jer keputusan aku jumpa cikgu tuh..aku nak tunjukkn yang pelajar yang dia pandang rendah ni dah berjaya..aku nak cikgu tu menyesal kerana kutuk aku..tapi sebaliknya terjadi..setelah aku tunjuk keputusan aku..cikgu matematik aku peluk aku.. dia menanggis..nak tahu apa dia kata "kalau saya tak perli kamu,tak cabar kamu..kamu takkn berjaya dpat keputusan cemerlang nih.. kamu sebenar pandai..malah pandai sama dengan kawan kamu yang lain..tapi kamu terlalu selesa dengan apa yang kamu ada sehingga kamu lupa diri dan jadi malas..cikgu minta maaf sebab kata-kata cikgu buat kamu terasa dan tercabar..tapi kata-kata uh hanya untuk mengubah kamu,,dihati cikgu kamu tetap pelajar cikgu.." dan sebunkus hadiah dia bagi pada aku..buku motivasi.aku betul2 tak sangka guru yang aku sangkakn benci pada aku sebenarnya dia lah punca aku berjaya.. kalau dia tak kutuk aku..tak cabar aku..tak perli aku..mungkin aku masih berada di zon selesa dan menjadi malas...mungkin aku akan lupa diri dengan kemudahan diberikan..yealah..anak tajaan..em,mungkin aku takkn berdiri sebagai aku yang skang...sampai sekarang aku tak boleh lupakan cikgu matematik aku dan buku itu masih dalam simpanan aku..kerana dia aku minat giler dalam subjek matematik dan bagi aku matematik adalah mata pelajaran paling mudah untuk dikuasai sehingga aku belajar di universiti sekalipun...TERIMA KASIH CIKGU... ~~



-QURANIC-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan